PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

Sunday 20 November 2011

SEKOLAH YANG SAYA BERKHIDMAT


 Sekolah Kebangsaan Rompin telah dibuka pada 29 September 1957 di Sekolah Tamil Tanah Panjis, Rompin. Pada awalnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Rompin. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah En. Baharudin bin Yaakob. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini mulai 20 September 1957 hingga 9 Januari 1960.
        Sesi persekolahan sekolah ini ditetapkan bermula pada 2.00 ptg dan berakhir pada pukul 5.00 petang tiap-tiap hari kecuali pada hari jumaat dan Sabtu. pada waktu pagi sekolah ini digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah Tamil. Bilangan pelajar semakin bertambah dan beberapa masalah lain menyebabkan sekolah Melayu dipisahkan. Sehubungan dengan itu bangunan ( Bangunan PWD) yang menghala ke Jalan Gemas dibenarkan untuk digunakan sebagai sekolah sementara murid-murid melayu dan sesi persekolahan bermula pada waktu pagi.
       Pada hari Isnin 20 April 1959, bangunan utama Sekolah Umum Rompin yang telah siap untuk digunakan buat pertama kalinya. bangunan sekolah baru ini didirikan bersebelahan dengan Sekolah Tanah Panjis. Bangunan Sekolah Umum Rompin dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dr. Mohd Said. Turut hadir di majlis perasmian ini ialah Tuan Aminuddin Baki, Ketua Pengawai Pelajaran Negeri Sembilan. Mengikut arahan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan nama Sekolah Umum Rompin ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Rompin pada September 1959.
        Bangunan sekolah yang kedua didirikan pada 1965. Pada tahun ini juga didirikan sebuah tandas dan sebuah rumah guru (Rumah Guru Besar). Pada 9 September 1966 pula nama Sekolah Umum Rompin telah ditukar dengan rasminya . Majlis ini dirasmikan oleh En. Mohd Khir Johari selaku Menteri Pelajaran pada ketika itu.
         Pada 1976, sebuah lagi bangunan tambahan untuk bilik darjah. Bersama bangunan ini dibina juga sebuah kantin sekolah. Sebuah lagi rumah guru dibina pada tahun 1979. Manakala pada tahun 1982, bangunan pertama atau bangunan utama sekolah ini yang dibina pada 1959 dirobohkan. Ditapak bangunan ini dibina dua tingkat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.
       Selari dengan perkembangan pendidikan negara pada 1 hb. Jun 1989, sebuah lagi banguanan mulai dibina di kawasan sekolah. bangunan ini dinamakan  Bangunan Pusat Sumber. Kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Pusat Kegiatan Guru (PKG).
       Pada tahun 1990 sebuah lagi bangunan untuk empat bilik darjah telah dibina. Bersama projek ini juga bangunan rumah berkembar. Bangunan ini dikenali sebagai bangunan gotong royong.
      Sekolah Kebangsaan Rompin semakin besar apabila bangunan baru yang menempatkan 3 buah bilik siap dibina pada tahun 1997 dan 2 unit rumah pada tahun 1999. Walau bagaimana pun keadaan padang semakin kecil apabila kawasannya diambil bagi membina bangunan baru. Atas usaha pihak sekolah dan kerjasam PIBG, Sekolah Kebangsaan Rompin memohon kawasan baru bersebelahan kawasan sekolah ini untuk dijadikan padang  dan masih dalam proses pertukaran hak milik.
       Kini jumlah murid  di sekolah ini ialah 365 orang dan 35 orang guru berserta 5 orang Pembantu Rendah Awam, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Pejabat,seorang Juruteknik Komputer dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas). Guru Besarnya kini ialah En. Abu Bakar b. Hj. Abd. Rahman.
      Sekolah Kebangsaan Rompin semakin berkembang pesat sebagai penyambung usaha dan asas pendukung cita-cita Falsafah Pendidikan Negara bertepatan dengan matlamat sekolah ' Mulia di jiwa, Cemerlang di Minda, Juara di Arena.

Sunday 18 September 2011

Salam perkenalan

Allhamdullilah, berjayanya saya membina blogger ini buat pertama kali dalam hidup dan berharap dapat melengkapkan blog ini untuk masa depan.